Entri Terkini

kATA-KATA BERMAKNA


"Inovation has nothing to do with how many R&D dollars you have. It's not about money. It's about the people you have, how you're led, and how much you get it....It's rare that you see an artist in his 30s or 40s able to really contribute something amazing- Steve Jobs"..."If you born poor, it’not your mistake. But if you die poor, it’s your mistake....I don't know' has become 'I don't know yet....Your most unhappy customers are your greatest source of learning - Bill Gates"

,

Selamat Hari Guru 2013

Selamat Hari Guru kepada semua warga guru di mana jua anda berada. Semoga terus berusaha mempertingkatkan diri dan menjadi insan yang benar-benar menjadi guru.

Gagal Dihantar

Saya senaraikan email-email yang memohon untuk mendapat Aplikasi PBS dan Sistem Rancangan Mengajar namun GAGAL kerana mungkin berlaku kesilapan ketika proses mengisi borang permohonan. Sila isi semula jika masih berminat mendapatkannya.

Aplikasi Pendokumentasi PBS ICT
zuraini@smkkerteh.net
mqie@gmail.com
ctnana132@yahoo.com
smk_doj@hotmail.com
hanizayahaya@yahoo.com.my

Sistem Rancangan Mengajar
wkict@gmail.com
norhaizul@tkc.edu.my
ayob@smkbidor.edu.my

Blog Ini DiSerang Malware

Beberapa minggu kebelakangan ini, saya banyak menerima maklumat daripada rakan-rakan guru yang mengatakan blog ini telah diserang malware. Apabila membuka blog ini, satu paparan akan muncul memaparkan amaran malware tersebut yang berpunca daripada smksy.com. Saya sendiri tidak pasti bagaimana ia berlaku, mungkin kerana terdapat kandungan daripada laman tersebut yang telah masuk ke blog ini. Sejujurnya hanya sekali sahaja apabila saya membuka blog ini paparan amaran muncul. Saya tidak tahu jika ia masih berlaku kepada orang lain kerana telah lama paparan amaran tidak muncul apabila saya buka blog ini. Walaubagaimanapun saya masih berusaha mengatasinya kerana jika ia berterusan berlaku, google secara automatik akan menutup blog ini.

,

Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT v2

Aplikasi Pendokumentasi PBS ICT kini berversi baru. Bagi guru-guru yang telah mendapatkan versi terdahulu tidak lagi perlu memohon yang baru kerana saya akan menghantar terus melalui email. Untuk guru-guru ICT yang belum mendapatkan aplikasi GC ICT SMK Dato Ahmad Lenggong ini, anda boleh mendapatkannya di SINI. **** Bagi pengguna ICTIS2012, yang masih ingin meneruskan versi ini  terdapat ralat yang telah dikenalpasti..



Ada dua ruang untuk masuk markah:
 
1. ISF and BSF -> Pilih Tahun SPM -> Double click pada mana-mana Aspect ID (yang ini TIADA ralat)
 
2. ISF and BSF -> Pilih Tahun SPM -> Batch Score Board -> ISF (yang ini ADA ralat dan telah dibetulkan)
 
Kepada yang dah masuk markah sekerat jalan di dalam ICTIS2012 tak perlu key in semula semua markah yang telah dimasukkan.
 
Anda boleh guna Utiliti Import yang disediakan untuk Import dari ICTIS2012 yang telah digunakan.
 

Rangkaian Sosial Baru - Joota

Joota , berdasarkan pemahaman saya pada taklimat baru-baru ini merupakan sebuah rangkaian sosial yang menghubungkan manusia melalui isi kandungan yang ingin dikongsi. Sebagai contoh anda ingin berkongsi sebuah laman web dengan orang lain, maka anda aktifkan Joot dan isi kandungan tersebut disimpan di akaun Joota anda dan apabila orang lain mencari kategori yang sama maka ia akan terus berhubung dengan anda. Jika masih kurang faham maka silalah lihat video di bawah atau buka akaun Joota anda sendiri di http://www.school.joota.com dan anda boleh mempelajarinya pada tutorial yang diberi.



Taklimat Program Kolaborasi & Pengintegrasian ICT

Hari ini bertempat di Menara TM Jalan Pantai Baru Kuala Lumpur saya menghadiri Taklimat Program Kolaborasi & Pengintegrasian ICT dalam PdP. Apakah taklimat tersebut saya akan jelaskan pada entri terbaru nanti. Taklimat ini menghimpunkan ketua-ketua Panitia ICT negeri Selangor. Setelah agak lama tiada perjumpaan maka taklimat ini merupakan peluang berjumpa rakan-rakan lama. Di sini saya mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya akan kesihatan saya. Alhamdulillah sudah semakin baik.

'Backup and Restore Driver' PC Anda

Sebelum ini saya menggunakan perisian Driver Magician dan Double Driver untuk 'backup and Restore Driver'. Entah mengapa teringin pula menggunakan perisian lain seumpamanya. Maka saya terjumpa dengan perisian Driver Genius ini. Saya suka kerana mudah digunakan.  Jika anda suka maka bolehlah klik SINI..







*** Jangan lupa backup driver pc atau laptop anda....

Pembayaran Elaun BISP

Ini merupakan Info terkini daripada Jabatan.

Mengikut dasarnya BISP dibayar sekiranya tiga syarat utama dipenuhi:

i) Opsyen (subjek Matematik, Sains, ICT)
ii) SPM - kredit BI (atau Kursus Etems, Edict)
iii) Mengajar dalam Bahasa Inggeris (100%)

Sekiranya syarat ini masih dipenuhi, maka masih dibayar BISP. Tetapi jika salah satu tidak dipenuhi, BISP akan ditarik balik. Sekiranya persediaan mengajar, pengajaran dan pembelajaran, dijalankan dalam 100% Bahasa Inggeris, masih layak dibayar BISP. Tetapi sekiranya sudah didwibahasakan (pilihan sekolah dan dipersetujui dalam mesyuarat sekolah), maka tidak layak lagi dibayar BISP. Kalau seorang guru berjaya membuktikan yang dia masih menggunakan 100% Bahasa Inggeris, dengan persetujuan pihak sekolah, dia masih layak dibayar


,

Sistem Rancangan Mengajar ICT

Salam hormat kepada semua. Kali saya kongsikan satu sistem yang dikongsi oleh Cikgu Lee Chee Kean dan rakan-rakan beliau dari SMK Malugu Sri Aman Sarawak. Terima kasih kepada beliau yang sudi berkongsi aplikasi ini. Bagi mereka yang tidak gemar menulis di buku rancangan menhgajar maka ia sangat sesuai digunakan. Terima kasih sekali lagi kepada Cikgu Lee Chee Kean di atas perkongsian ini , semoga lebih banyak perkongsian dapat dilakukan di blog ini daripada guru-guru ICT yang lain. Sila klik di SINI untuk mendapatkannya.

*** REQUIREMENT: 1. MS OFFICE 2007 OR ABOVE
                                     2. PROGRAM "SAVE AS PDF" (UNTUK AKTIFKAN BUTANG SAVE)
***kepada guru-guru yang telah mengisi maklumat bagi mendapatkan aplikasi pentaksiran ICT (sehingga 5/2/2013) tidak perlu mengisi maklumat berikut kerana saya akan menghantarnya melalui email yang telah diberikan.

Salam Maulidur Rasul s.a.w

Salam Maulidur Rasul s.a.w buat semua pembaca blog ini. Berbanyakkanlah berselawat atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya Rasullullah s.a.w dengan sifat-sifat baginda yang paling sempurna sentiasa menjadi ikutan kita umat Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM JOIN RMMICT@FACEBOOK

RAKAN BLOGGER

ENTRI POPULAR MINGGU INI

Pautan Web/Blog Rakan-Rakan Guru ICT

Aplikasi Pendokumentasian PBS ICT v2

JootaSchool